Reka Bentuk dan Teknologi
Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk membolehkan murid mereka bentuk dan menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea yang kreatif. Pembentukan minda yang kreatif dijalankan melalui aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi serta mereka bentuk produk mengikut kesesuaiannya. Pengetahuan tentang teknologi, bahan binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi memantapkan serta membentuk minda yang kreatif dan inovatif. Murid juga melakukan aktiviti menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan dan mesin mudah di samping menjalankan kerja-kerja buat sendiri. Murid juga didedahkan kepada amalan penanaman tanaman hiasan. Murid diberi cara membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan. Amalan keselamatan di tempat kerja dan pengurusan bengkel juga diserapkan semasa melakukan aktiviti ini.
No comments:
Post a Comment